Pages

26 April 2010

3 Mins Corner : Apakah Maksud Mimpi Anda?

Mimpi adalah mainan tidur? atau petunjuk kepada kita?kadang kala dengan bermimpi kita dapat mencapai segala impian seperti memiliki rumah besar..kereta mewah..melancong ke luar negara..atau berjumpa dengan kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa.
Ada mimpi yang menakutkan sehingga kita terjaga. Ada mimpi yang sangat sedih sehingga kita menangis.
Untuk pengetahuan anda, terdapat jenis-jenis mimpi yang boleh ditafsir dan yang tidak boleh ditafsir (seperti yang ditulis oleh Abu An-Naim di dalam bukunya yang bertajuk ' RAMALAN MIMPI ' .


Mimpi-mimpi yang tidak boleh ditafsir adalah:
1 ~ Mimpi raja-raja, menteri-menteri atau para pegawai yang zalim
2 ~ Mimpi terjadi daripada angan-angan pada siang hari
3 ~ Mimpi semasa keadaan yang tidak suci (berjunub)


Mimpi-mimpi yang boleh ditafsirkan antaranya pula adalah :
1 ~ Berwuduk sebelum tidur
2 ~ Membaca Al-Fatihah dan 3 Qul sebelum tidur
3 ~ Membaca selawat 7 kali
4 ~ Serta doa sebelum tidur


Jika anda bermimpi perkara yang tidak baik, maka hendaklah segera memohon kepada Allah agar perkara tidak berlaku.
Untuk kali ini, 3 jenis mimpi akan diberikan maksud. Adakah anda pernah bermimpi seperti berikut?


@ ABU BAKAR
Bermimpi berjumpa atau melihat Khalifah Saiyidina Abu Bakar atau 4 sahabat
Tafsirannya
1 ~ akan menjadi orang besar / menjadi zahid / pendita / orang alim
2 ~ banyak hamba Allah berbuat amal ibadat dan raja di dalam negeri berkeadaan adil


@ AIR
1 ~ Bermimpi melihat air sungai keadaannya jernih
Tafsirannya
Terlepas dari dukacita


2 ~ Bermimpi melihat air sungai keruh
Tafsirannya
Mungkin akan bersendirian untuk tempoh tertentu








P.S : Ini hanya untuk pengetahuan semata-mata. Janganlah kita hidup hanya kerana mimpi, kerana Allah itu Maha Esa dan Maha Mengetahui. Berdoalah kepada-Nya bagi mendapatkan kebahagiaan sebenar.
Nantikan maksud mimpi yang lain pada 3 Mins Corner yang seterusnya!

No comments:

Post a Comment