Pages

28 April 2010

Health & Beauty : Makeup Brushes / Berus Mekap

Bagaimana hendak mengenal berus mekap? Jom kita belajar bersama-sama

Foundation Brushes
  • Berus ini adalah lebar dan nipis, di mana bulunya adalah panjang dan sedikit tidak sekata

  • Direka untuk memudahkan penyapuan foundation agar sekata pada muka dan pipi serta mudah untuk mencampurkan warna

Concealer Brushes

  • Ianya kecil, nipis dihujung dan ini memudahkan penyapuan concealer untuk menutup kesan-kesan / lubang-lubang kecil pada wajah

  • Digunakan untuk menutup jeragat / kesan-kesan parut sebelum mekap yang sebenar dilaluka 



Powder Brushes
  • Mempunya bulu yang panjang dan sedikit jarang di mana ia boleh digunakan untuk menyapu bedak tabur ( loose powder) di seluruh wajah.
  • Dengan berus ini, solekan loose powder akan menjadi sekata dan cantik 
Eyeshadow Brushes
  • Hujungnya agak padat dan terdapat juga span ( sponge ) dan ianya bersaiz kecil
  • Berus yang paling kecil digunakan untuk membuat garisan halus pada mata, berus bersaiz sederhana pula adalah untuk mewarnakan kelopak mata dan berus bersaiz besar pula adalah bagi menambahkan 'highlight' di bawah kening



Blush Brushes
  • Berus jenis ini bersaiz besr, lembut dan digunakan untuk menyapu di seluruh pipi
  • Direka untuk mencampurkan pemerah pipi bersama-sama bedak asas semasa solekan dilakukan
Lip Brushes
  • Ianya bersaiz kurus dan padat bagi menyapu lipstick di kawasan bibir
  • Berus ini akan menghasilkan solekan yang kemas dan menyeluruh berbanding menyapu lipstick terus ke bibir.

Jadi sekarang mudahlah bagi anda membuat pilihan berus mana yang harus dibeli bagi menambah koleksi berus yang sediaada ataupun yang baru berniat untuk memulakan koleksi berus mekap. Make it easy and simple !

 

2 comments: