Pages

29 April 2010

Pregnant & Maternity : Bantal Untuk Wanita Mengandung

Masalah yang sering dialami oleh kebanyakan wanita mengandung adalah kesukaran untuk tidur. Tidur yang cukup adalah amat penting bagi wanita mengandung. Jika ia terganggu, maka dikhuatiri turut mengganggu bayi yang dikandung. 
Wanita yang mengalami kesukaran ini akan cuba meletakkan beberapa bantal sama ada di perut atau pun di pinggang bagi mendapatkan keselesaan yang maksimum. 
Kini, sudah ada di pasaran dan secara on-line bantal yang direka khas bagi wanita mengandung.  Namun begitu, agak sukar untuk mendapatkan bantal yang mempunyai bentuk seperti gambar di atas. Berikut adalah beberapa pengedar di Malaysia yang menjual bantal seperti itu :-
Selain dari pengedar di atas, anda juga boleh membeli bantal tidur bersaiz King atau bantal-bantal kecil dari Aussino.Penggunaan bantal yang selesa amat digalakkan. Walau bagaimana pun, tidak semestinya bantal dengan harga yang mahal akan menjamin keselesaan yang terbaik. Setiap wanita mempunyai situasi yang berbeza. Perkara penting yang perlu dititik beratkan adalah:
  • Bantal tersebut dapat memberi keselesaaan di bahagian perut, pinggang dan tulang belakang
  • Ianya mudah untuk dicuci
  • Bahan yang digunakan untuk membuat bantal tersebut menjadikan bantal itu tidak terlalu lembut atau keras
  • Serta ia boleh digunakan bukan sahaja semasa mengandung, tetapi boleh digunakan untuk perkara-perkara lain seperti untuk mengalas bayi semasa menyusu nanti. Tidak membazirkan?
Make it easy & simple !

3 comments:

  1. dapatkan pregnancy pillow di www.facebook.com/rnhcollection

    ReplyDelete
  2. kami ada menjual pregnancy pillow.. www.pregnancypillow.com.my atau www.facebook.com/rnhcollection atau www.momsnbabies.com.my

    ReplyDelete
  3. Salam .

    Kami Mommies Comfies menjual maternity pillow yang diisi MICROBEADS. Sila kunjungi laman web kami untuk keterangan lanjut.

    http://mommiescomfies.blogspot.com
    Terima kasih.

    ReplyDelete