Pages

28 May 2010

Info: Kaya..kaya..kaya

Mengikut Forbes Asia dalam Senarai Individu paling Kaya Malaysia 2010 yang diterbitkannya semalam, peningkatan kekayaan itu didorong pertumbuhan ekonomi negara dan adalah sejajar kenaikan 32 peratus Indeks Komposit Kuala Lumpur serta kenaikan 11 peratus nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sepanjang 12 bulan lalu.
Source from Berita Harian 28th May 2010

Bila lar nak jadi kaya....

26 May 2010

Info: Maskot World Cup

World Cup datang lagi..tinggal lebih kurang 15 hari je lagi ia akan bermula..kali ni nun jauh kat benua Afrika Selatan..Afrika Selatan sebagai tuan tanah menggunakan harimau bintang berambut hijau bernama Zakumi sebagai maskot World Cup 2010 kali nie..


Semenjak tahun 1966, setiap Piala Dunia mempunyai maskot yang tersendri. World Cup Willie adalah maskot pertama yang digunakan pada Piala Dunia 1966, ia juga merupakan maskot pertama yang digunakan dalam kejohanan sukan-sukan terbesar. Setiap maskot yang direka melambangkan negara yang menganjurkan Piala Dunia tersebut. 
Source from Wikipedia


21 May 2010

Info : Asal-usul kertas A4

Satu hari semasa perjalanan pulang dari pejabat, saya terlihat satu iklan kertas A4. Saya bertanya kepada husband, "Bagaimana kertas tu dapat nama A4?"..husband saya suruh saya search sendiri di internet untuk mendapatkan jawapannya...so alang-alang dah cari saya kongsikan di sini maklumat mengenai 'kertas A4' yang saya temui..

Info Kertas A4 :
  • Kerta A4 adalah standard size yang telah digunapakai hampir seluruh dunia. Kertas ini adalah ISO 216 yang berasaskan kepada German DIN 476.
  • Sebenarnya kertas bersaiz A4 sukar dijumpai di US, Canada, Mexico & Philippines. Pada tahun 1996, jika anda memerlukan kertas A4 anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Namun pada masa sekarang ia mudah dijumpai di mana-mana kedai tetapi jangan terkejut jika anda terlihat kertas A4 dilabel "SPECIAL ITEM"
  • Kalau kedai yang dikunjungi tidak tahu mengenai kertas A4, anda boleh gunakan maklumat saiz kertas di bawah sebagai rujukan. Jadi mudah lah untuk anda membeli kertas A4.
Click picture to enlarge (Prepressure.com)
  • Jadual di bawah pula menunjukkan saiz kertas dan kegunaannya
Click picture to enlarge (By Markus Kuhn)
  • Nisbah standard kertas tinggi kepada lebar ialah ' 1.4142: 1 '
  • Didapati 2 helai A4 bersamaan dengan kertas saiz A3..begitulah jika kita potong atau lipat kertas saiz A0 kepada 2 bahagian yang sama besar kita akan perolehi saiz A1. Maka kalau anda hendak mendapatkan kertas siri A yang paling kecil formulanya adalah A(n+1) dan asalkan anda lipat dengan saiz yang sama besar.
  • Perkara lain yang boleh anda tahu ialah kertas mempunyai berjenis-jenis siri seperti siri ISO A, ISO B, ISO C, ISO D dan ISO RA & SRA.
  • Siri A digunakan untuk pejabat , siri B digunakan untuk penggunaan kertas bersaiz besar seperti poster manakala siri C adalah untuk sampul surat (envelope).
  • Infomasi menarik ialah jika anda melipat kertas saiz A4 maka kertas itu akan masuk ngam-ngam dengan envelope saiz C4 begitu juga kertas A5 akan masuk ngam-ngam envelope C5 seperti jadual di bawah.
Click picture to enlarge (By Markus Kuhn)

  • Secara kesimpulannya..rajah di bawah akan mejelaskan segala-galanya..


Click picture to enlarge (Source : Wikipedia)
  • Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kertas A4 lawatilah laman web lain seperti:
  1. Wiki
  2. Preppressure.com
  3. Markus Kuhn
P.S: Kalau anda ada info menarik pasal kertas A4, share la dengan saya.. MAKE IT EASY & SIMPLE!

20 May 2010

Info : Cara Untuk Sembunyikan Barang Berharga

Email yang diterima pada kali ini sangat menarik...tengokla gambar di bawah..bagaimana kita boleh menyembunyikan barang berharga dari dikebas orang.. :) brilliant idea!


Click picture to enlarge

Happenings: Jusco Member's Day 19th & 20th May 2010

It's shopping time!





Location:
Jusco Seremban 2Shopping Centre
112Persiaran S2B170300 Seremban
Negeri Sembilan


Info:Anak Angkat

Kawan saya ada bertanya bagaimana hendak mengambil anak angkat. Jadi di sini saya hendak berkongsi maklumat yang saya perolehi dari internet...


Dari website Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) anda akan memperoleh maklumat berikut :

Apakah proses-proses yang perlu dilakukan oleh bakal ibu dan bapa angkat?

Bagi individu yang berminat untuk memohon anak pelihara, permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) dimana pemohon bermaustautin/tinggal ataupun melalui borang yang boleh dimuat turun dari laman web ini.

Antara dokumen-dokumen yang perlu disertakan adalah:

   1. Gambar ukuran pasport (suami/isteri)
   2. Surat sokongan/pengesahan daripada Pegawai Perubatan.
   3. Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.
   4. Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri).
   5. Lain-lain dokumen yang berkaitan seperti penyata gaji dll.

Setelah permohonan diterima, pemohon akan melalui satu sesi temuduga bersama Pegawai Kebajikan Masyarakat bagi tujuan penyediaan laporan sosial pemohon. Perkara-perkara yang akan di bincangkan dalam sesi tersebut adalah seperti berikut:-

   1. Menilai latar belakang sosial pemohon.
   2. Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara.
   3. Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara.
   4. Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952 yang mana bersesuaian.

Siapakah yang boleh memohon anak angkat atau anak pelihara?

Pasangan suami isteri yang sah atau inu tunggal (single parents) yang menetap atau tinggal di Malaysia


Bila dan bagaimana anak angkat boleh disahkansebagai anak pelihara mengikut undang-undang?

  •  Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon. Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan. Akta yang digunapakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).
  • Permohonan cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253). Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara. Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja. Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara

 Adakah menjadi satu kesalahan memelihara anak pelihara tanpa membuat pendaftaran atau memaklumkan pada pihak JKM?


Pengambilan anak pelihara secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada 1 minggu selepas pengambilan, dan sekiranya gagal memaklumkan, dan jika disabitkan kesalahan denda maksima adalah sebanyak RM10,000.00 atau 2 tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.


Satu lagi website yang boleh dikunjungi adalah website Persatuan Peguam Syarie Malaysia yang menyatakan perkara di bawah:-

Anak angkat sudah dikenali sejak zaman jahiliah sebelum ada risalah Nabi Muhammad SAW. Ketika itu anak angkat dinasabkan kepada bapa angkatnya serta boleh menerima perwarisan. Malahan isteri anak angkat haram dikahwini oleh bapa angkatnya.

Justeru, umumnya anak angkat mendapat hak yang sama seperti anak kandung. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah mengambil Zaid bin Haritsah bin Syarahil Al-Kalbi sebagai anak angkat sebelum beliau menjadi rasul, sehingga dipanggil dengan nama Zaid bin Muhammad. Tradisi itu berlanjutan dari zaman jahiliah hingga tahun ketiga atau keempat hijrah.

Allah kemudian memerintahkan anak angkat dinasabkan kepada bapa mereka (yang sebenarnya) apabila diketahui. Allah mengharamkan anak angkat dinasabkan kepada bapa angkat secara hakiki, bahkan anak juga dilarang bernasab kepada selain bapa mereka yang sebenarnya.

Allah mengungkapkan hukum itu sebagai bentuk keadilan yang mengandungi kejujuran dalam perkataan, menjaga keharmonian nasab serta menjaga hak harta bagi orang yang berhak memilikinya.

Islam tidak menggalakkan konsep anak angkat tanpa sebarang ikatan diiktiraf. Berbeza dengan anak susuan, anak angkat adalah dikira sebagai orang asing dalam rumah, maka semua batasan aurat perlu dijaga seperti wanita di luar rumah.

Ia adalah fenomena tidak sihat menurut Islam. Jika seseorang tahu statusnya sebagai anak angkat hanya ketika ia sudah dewasa, maka bermula daripada ia sedar semua batasan aurat mesti dijaga seperti dituntut Islam kepada lelaki dan perempuan bukan mahram.

Dari segi pembahagian harta bagi anak angkat, Islam menetapkan anak angkat tiada hak dalam harta pusaka. Jika hendak bagi juga harta kepada anak angkat, harta itu hendaklah dibahagi secara hibah ketika hayat bapa atau ibu angkat. Selain itu adalah dengan cara mewasiatkan harta kepada anak angkat, tetapi dengan syarat tidak boleh mewasiatkan lebih daripada satu pertiga harta yang ada.

Mengambil anak angkat untuk dijadikan sama macam anak sendiri dilarang oleh syarak seperti dilarang menukar bin anak angkat tersebut. Mengambil anak angkat seperti anak luar nikah yang tidak dipedulikan orang bertanggung jawab adalah digalakkan di sisi syarak.

Dalam sesuatu keadaan, hukum mengambil anak angkat ini boleh menjadi wajib apabila timbulnya ketakutan anak itu akan jatuh ke tangan orang kafir. Justeru bagi mengelakkan akidah anak itu terpesong, Islam mewajibkan anak berkenaan diambil serta dijadikan anak angkat.

19 May 2010

Women : Tudung ala Syiria hukumnya haram...


Dulu masa belajar pendidikan Islam, aku memang ada dengar kalau pakai tudung buat sanggul tingi-tinggi adalah haram dan berdosa..bila dah meningkat dewasa..aku jadi keliru sebab sekarang banyak fesyen orang bertudung ada sanggul...jadi pagi ini aku ade terima satu email yang memperkatakan tentang "TUDUNG SANGGUL ARAB ala2 wanita Syiria"

Ini e-mail nya:-

It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.

I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.

Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad , jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.
Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.

18 May 2010

Doa Abu Darda

Dari Thalq bin Hubaib dia berkata: " Seorang lelaki datang kepada Abu Darda' seraya berkata : " Wahai Abu darda'! Rumahmu terbakar".
Jawab Abu darda': "Apakah yang terbakar? Allah tidak akan berbuat demikian kerana ada bebeapa kalimah yang aku dengar dari Rasullah. Baginda bersabda :

"Sesiapa yang membaca di awal hari, dia tidak tertimpa musibah hingga petang. Sesiapa membaca di akhir hari, dia tidak tertimpa musibah hingga Subuh. " (Riwayat Ibnus Sunni)


Doa Abu Darda r.a. Untuk Meyelamatkan Diri dan Hartanya dari Malapetaka

Talha r.a. meriwayatkan:
"Seorang telah datang kepada Abu Darda r.a. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda r.a. menjawab: "Tidak, rumah saya tidak terbakar". Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda memberi jawapan yang sama.

Pada kali yang ke empat seorang datang dan memberitahu Abu Darda r.a. "Wahai Abu Darda r.a.! api telah naik tinggi tetapi apabila sampai ke rumah tuan, api telah padam".

Abu Darda menjawab: "Saya yakin bahawa Allah s.w.t. tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah s.a.w. telah mengajar saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga ke petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar."

Maksud Doa Abu Darda'

Ya Allah! Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan melain Engkau. Hanya kepada-Mu aku bertawakal.
Engkaulah Tuhan 'Arasy Yang Maha Agung.

Apa saja yang dikehendaki Allah pasti terjadi dan apa saja yang tidak dikehendaki-NYa, pasti tidak akan terjadi. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Aku sedar bahawa Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu.

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan dirku dan kejahatan sekalian yang melata, yang segala roh mereka dalam dalam gengaman-Mu. Sesungguhnya Tuhan ku di atas jalan yang lurus (adil)

17 May 2010

TIP : Healthcare Tips for a PANIC-FREE Pregnancy Tip 1

Tip 1 ~ Depression During Pregnancy
Depression is an illness that can be treated and manage during pregnancy, but the first step of seeking out hlep and support is the most important.

What is depression during pregnancy?
Depression during pregnancy or antepartum depression, is a mood disorder just like clinical depression. During pregnancy hormone changes can effect brain chemicals, which is directly related to depression and anxiety.

What are the signs of depression during pregnancy?
Women usually experience some of the following symptoms for 2 weeks or more:
  • Persistent sadness
  • Difficulty concentrating
  • Sleeping too little or too much
  • Loss of interest in activities that usually enjoy
  • Recurring thoughts of death, suicide or hopelessness
  • Anxiety
  • feeling of guilt or worthlessness
  • Change in eating habits
What are possible triggers of depression during pregnancy?
  • Relationship problems
  • Family or personal history of depression
  • Fertility Treatment
  • Previous pregnancy loss
  • Stressful life events
  • Complications in pregnancy
  • History of abuse or trauma
Can depression during pregnancy cause harm to my baby?
Depression that is not treated can have potential dangerous risks to the mother and baby. Untreated depression can lead to poor nutrition, drinking, smoking and suicidal behavior.

What is the treatment for depression during pregnancy?
  • Seek help by talk to your health care provider about your symptoms and struggles
  • Support group
  • Private psychotherapy
  • Medication
  • Light Therapy
  • Recite Al-Quran (for muslim), selawat and berzikir
Find someone else to talk with and the most important is that the person knows what you dealing with and can try to help you. Never try to face depression alone. Your baby needs you to seek help and get treatment.

Source : Vision Plus Advertising Sdn Bhd

Adik Mia Sara

Siapa tak kenal Mia Sara Nasuha atau lebih dikenali sebagai Amani dalam drama bersiri Adamaya yg kat TV3 tu skrg ni mempunyai Facebook kami peminat adik mia sara@amani yg jumlah fans nye mak aihhh punye lar banyak yakni 125 ribu fans. Tak caye klik link atas tuh tak pon search kat Facebook. Drama Adamaya ni kalo tak silap first drama adik Mia Sara tapi depan camera bkn main terer berlakon.Selain dari drama ni adik Mia Sara banyak buat iklan sebelum berlakon seperti iklan2 kat bawah nie.Kita tengok sama-sama betapa cutenye adik Mia Sara nie:

Iklan Astro b-yond:


Iklan Softlan:




Iklan Sustagen:


16 May 2010

Thomas Cup 2010 (Final): Indonesia vs China (Final Result)

China won Thomas Cup 2010. Here the full result:



Results:

Lin Dan bt Taufik Hidayat 21-7, 21-14;


Cai Yun-Fu Haifeng bt Markis Kido-Hendra Setiawan 25-23, 16-21, 21-12;



Chen Jin bt Simon Santoso 19-21, 21-17, 21-7.

15 May 2010

Uber Cup 2010 (Final): China vs South Korea (Final Result)

South Korea won 3-1. 



Results:

Bae Seung Hee bt Wang Yihan 23-21, 21-11

Lee Hyo Jung/Kim Min Jung bt Ma Jin/Wang Xiaoli 21-18, 12-21, 21-15

Wang Xin bt Sung Ji Hyun 21-14, 16-21, 21-7

Lee Hyung Won/Ha Jung Eun bt Du Jing/Yu Yang 19-21, 21-14, 21-19


14 May 2010

Thomas Cup 2010 (Semi Final): Malaysia vs China (Final Result)

China will meet Indonesia in finals this Sunday with 3 - 0 win over Malaysia. As I expected. Congratulations to China.


Lin Dan bt Lee Chong Wei 21-17, 21-8


Cai Yun/Fu Haifeng bt Koo Kean Keat/Tan Boon Heong 21-15, 21-10


Chen Jin bt Choong Han 21-16,21-7

Thomas Cup 2010 (Semi Final): Indonesia vs Japan Result (Final Result)

Indonesia through to final with 3-1 win over Japan



Taufik Hidayat bt Kenichi Tago 21-9, 21-14.


Markis Kido/Hendra Setiawan bt Kenichi Hayakawa/Kenta Kazuno 21-9, 21-11.


Simon Santoso lost to Sho Sasaki 19-21, 21-13, 11-21


Nova Widianto/Alvent Yulianto Chandra bt Noriyasu Hirata/Hiroyuki Endo 21-14, 22-20.

Santai : Weird pictures ever..






P.S : All pictures are form Weird Things website

Thomas Cup 2010: Malaysia vs China

This evening our Malaysian badminton squad will face favourite China in semi final at 7:30PM. Even though China had a strong squad I still hope our Malaysian squad can beat them. If we win Thomas Cup this year hopefully Monday will be a public holiday like in 1992..hehehehe..Some info on today semi final game Malaysia vs China:

(Source from The Star, Friday 14 May 2010)

Click for large image

13 May 2010

4 The Rest Of My Life♥¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸♥Maher Zain

FoR ThE ResT oF My LifE...Love song by Maher Zain




















Maher Zain - For the rest of my life


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever II`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Janna
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Info: Nilai Tubuh Wanita Kepada Lelaki

Hari ni aku datang ofis awal..lepak dpn receptionist sambil baca paper..sampai satu kolum tu buat aku ngan kwn aku tersenyum..bos aku pon join sama..ini petikan dari artikel tu:


Utusan Malaysia - Mega 13 Mei 2010

Nilai Tubuh Wanita Kepada Lelaki 

Kata org tak perlu mencari teman secantik Balqis, jika diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tak setulus Zulaikha.

Memang idealnya lelaki mahukan wanita yg serba sempurna - bertubuh ramping, berkulit putih dan berwajah cantik. Tetapi realitinya syarat sempurna ini bukanlah penilaian utama seorg lelaki kepada wanita.

Ada perkara lain yg mempengaruhi penilaian lelaki kpd seorg wanita khususnya isteri mrk. Ada bhgian tubuh khusus yg selalunya dpt menakluki lelaki.
 

  • Aroma Badan - Lelaki suka bau bdn isteri yg harum terutama selepas bangun tidur. Di tambah lgi dengan haruman pewangi yg masih t'lekat di bantal. Ah alangkah indahnya pgi yg sebegitu.
  • Kulit - Wanita tidak perlu berkulit putih. Yg penting kulit dirawat dgn betul supaya terus selembut bayi. Tentu sekali suami tak akan jemu-jemu membelainya
  • Payu dara  - Bab ini mmg pesona paling menggoda. Malah para pakar pun mengakui melihat payu dara boleh memanjangkan umur. Tentu sekali payu darat tak perlu semontok Madonna. Yg penting ada bentuk payu dara dan m'beri respons apabila disentuh suami.
  • Bibir - selalunya org b'kata mengenai bibir seksi. Bagaimanakah bentuk bibir seksi? Jwpan mudah utk ini ialah yg mudah dicium. Pakailah gincu yg b'sesuaian supaya suami t'goda utk mengucup mahupun menciumnya.
  • Rambut - Rambut adalah mahkota wanita. ia juga tarikan kpd lelaki. Rambut tdk perlu pjg mengurai atau hitam b'kilau. Cukuplah kalau kelihatan sihat dan b'bau harum. Rambut adalah bahagian penting yg selalu dicium mahupun dibelai oleh suami
  • Mata - Selalu org mudah t'pukau dgn mata yg b'sinar. Ditambah bulu mata yg lentik dgn bantuan kosmetik, tentu sekali m'jadi pemandangan 'syurga' buat suami.

Bahagian tubuh lain yg perlu diambil kira dan disukai lelaki ialah kuku (utk cakaran m'bangkit berahi), leher dan telinga bahagian bwh.

Mmg tak perlu secantik Balqis mahupun setulus Zulaikha, tetapi jaga dan rawatlah bhgian penting tubuh ini agar rasa kasih dan syg suami terus m'bara.









08 May 2010

Info Kesihatan : Buasir a.k.a Hemorrhoids / Piles

Pagi tadi saya sempat menonton satu rancangan kesihatan di TV 2..Topik die pula berkenaan Buasir atau Hemorrhoid (Piles)..Jom kita baca bersama-sama dan mencegahnya sebelum ia terjadi kepada kita


Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur

Jenis buasir:
  1. Buasir Dalaman(Internal hemorrhoid) - tidak bahaya tetapi jika meneran semasa membuang air besar akan mengakibatkan pendarahan
  2. Buasir Luaran (External hemorrhoid) - terjadi apabila buasir tersepit dan darah tidak boleh mengalirseterusnya menyebabkan bekuan darah. Pesakit akan merasa pedih, sakit dan gatal di dubur. Gejala ini perlu diambil perhatian kerana ia apabila salur darah vena rektum terengang maka buasir yang terjadi sangat sukar dibuang. Buasir ini akan tetap terjadi walaupun diberi sedikit tekanan
Faktor utama:
  1. Sentiasa duduk
  2. Meneran semasa membuang air besar (ketika najis keras dan sembelit)
  3. Cirit-birit
  4. Mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  5. Batuk yang teruk
  6. Bersalin
  7. Mengangkat benda berat
Cara mengelakkan buasir berlaku:
  1. Jangan duduk terlalu lama - cubalah bangun sekali sekala dan berjalan dalam 5 minit setiap jam atau gerakkan tubuh anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum
  2. Jangan menahan nafas - semasa anda mengangkat benda berat. Hembusla nafas anda itu.
  3. Rawatan awal - jika anda batuk, cirit-birit dan sembelit, segeralah dapatkan rawatan kerana buasir boleh terjadi jika masalah ini berpanjangan
  4. Tabiat membaca di dalam tandas - anda tidak digalakkan membaca semasa membuang air besar kerana ini mengakibatkan pergerakan usus anda menjadi lebih lama.

Peringatan untuk diri sendiri:
  1. Minum air - sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
  2. Makan makanan yang tinggi serat - seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran
  3. Amalkan membuang air besar pada masa yang tetap - seperti selepas bangun tidur anda perlu minum segelas air dan pergi ke tandas
  4. Elakkan - makanan pedas, berempah, alkohol (menyebabkan gangguan) atau kopi dan teh (boleh merangsang usus)
  5. Berjumpa doktor - jika terdapat darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur, segerlah berjumpa dengan doktor.
Petua tradisional yang boleh diamalkan. Klik di sini untuk penjelasan lanjut

Bahan-bahan ramuan:
  1. 2 genggam daun inai
  2. Kunyit hidup sebesar ibu jari
  3. Kulit buah delima yang (telah masak ranum)
Cara-cara:
Bahan-bahan itu dikisar dengan air panas. Tapiskannya dan kemudian minum dengan sukatan cawan sebanyak 3 kali.

Cara lain:
Amalkan meminum air rebusan belimbing tanah (belimbing bukit). Air ini perlu direbus bersama-sama dengan akar, batang dan daun. Klik di sini untuk maklumat lanjut














Picture by :Maureclaire

Shaken baby Syndrome 3D

Info Kesihatan : Shaken Baby Syndrome (SBS)

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

Saya ada menerima satu email mengenai Shaken Baby Syndrome (SBS). Apa yang saya faham ia mengenai kesan goncangan terhadap bayi. Sangat menakutkan kerana kita sering membuai dan menimang bayi kecil ini sebagi hiburan atau menidurkannya..dan saya pernah lihat bagaimana seorang bayi yang sedang menangis ditepuk dengan begitu kuat..sedangkan kita yang dewasa pun bila ditepuk akan terasa sakit..sila baca artikel di bawah untuk maklumat lanjut : -


SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Antara laman web yang boleh anda lawati mengenai sindrom ini adalah seperti berikut:

07 May 2010

Santai: Terselamat Kerana Cuping Telinga...


Di China, seorang budak lelaki terselamat daripada jatuh dari rumahnya di tingkat 8 kerana memiliki cuping telinga besar. Budak lelaki bernama Ming Ming terselamat apabila cuping telinganya tersangkut pada penghadang besi dan sekaligus menyebabkan kepalanya tersekat diantara penghadang besi dan menghalangnya dari terus terjatuh.
 The next time you think your ears are too big, remember this story!!!

Happenings: Deep Purple Asia Tour 2010 Live in Malaysia

Deep Purple will perform in Malaysia at Arena of Stars, Genting Highlands on 16th May 2010 (Sunday). There will be a discount for early bird ticket. For more information surf to this website.

Event: Deep Purple Asia Tour 2010 Live in Malaysia
Date: 16th May 2010 (Sunday)
Time: 8:00 PM
venue: Arena of Stars, Genting Highlands.

Deep Purple are an English rock band formed in Hertford, England in 1968. Along with Led Zeppelin and Black Sabbath, they are considered to be among the pioneers of modern hard rock and heavy metal although some band members have tried not to categorise themselves as any one genre as the band also incorporated classical music, blues-rock, pop and progressive rock elements into their music. To date, they have sold over 100 million albums worldwide.
Their biggest hits include ‘Black Night’, ‘Highway Star’, ‘Smoke on the Water’, ‘Speed King’, ‘Fireball’, ‘Strange Kind of Woman’, ‘Child in Time’ and ‘Space Truckin’.

Deep Purple are considered to be one of the hardest touring bands in the world. From 1968 until today (with the exception of their 1976-1983 split) they continue to tour around the world.

Having released 18 studio albums, Deep Purple will be hitting our shores on 16th May 2010 for a one-night only concert at the Arena of Stars. Don't miss the opportunity to catch these rock legends live!

06 May 2010

Soccer (International Friendly): Argentina vs Haiti 05/05/2010



For Argentina Fans....

Free Antivirus: Panda Cloud Antivirus Free Edition 1.0.01

Panda Cloud Antivirus is a free versions antivirus from Panda Security. It is cloud based antivirus, where it consists of a lightweight antivirus agent that is connected in real-time to PandaLabs' online Collective Intelligence servers to protect faster against the newest malware variants while barely impacting PC performance.Panda Cloud Antivirus can detect more malware rather than traditional signature based. By using this antivirus, it protects you while you browse, play or work and you won't even notice it. Panda Cloud Antivirus work like others antivirus, it have Quick Scan and Scan specific folder, files or drive and the best part of it is this this antivirus exceptionally light.To use this antivirus, a connection to internet is important where the variant will automatically update from PandaLabs'. Panda Cloud Antivirus have receive a lot of good reviews from computer website (PCWorld,Cnet & PCMagazine).Here I attach interface of Panda Cloud Antivirus.
Click here to download Panda Cloud Antivirus.

It's FREE!!

TIP : How to describe your property?

Hi guys..
Are you getting trouble when you want to make a write up about your property or don't have an idea what should you do when your boss asked you to reply inquiry about your boss properties...??? Here i have one simple example on how to make a write up or to describe the property.

BRIEF DETAILS OF LOT NO. XX, JALAN SETIAKAWAN, JOHOR

TITLE PARTICULARS

Title No. : Geran xxxx

Lot No. : xx

District : Johor Tengah

Mukim : Bandar Taman Keluarga, Section 3

Land Area : Xa Xr Xp (XXXXX acres)

Tenure : Freehold

Purchase Price : RM 50.00 per sq. ft.

Category of Land Use : Tiada

Express Condition : Tiada

Restriction In Interest : Tiada

Encumbrances : Nil

Registered Owner : My Land Sdn Bhd

LOCATION / NEIGHBOURHOOD DATA

The subject property is situated at Jalan Setiakawan in close proximity to the intersection of Jalan Sahabat, Jalan Rakan and Jalan Karib. Lying to the immediate south is Taman Keluarga residential neighbourhood while Saudara Township is 3.0 km due north-east. Johor City Centre is about 6.0 km due south-west of the subject property.

The subject property is easily accessible by way of Lebuh Air Keroh. Lebuh Air Keroh is the main arterial road serving the residential and industrial areas of Bukit Bruang, Air Keroh and Bukit Katil. It also connects the City Centre to the North - South Highway at the Air Keroh Toll.

The immediate surrounding is a commercial centre characterised by a mixture of newly built commercial and institutional building amidst pockets of low density residential development and kampung houses.

On the west is the Johor Police Headquarters and Staff Quarters. Buildings located across on the east are the Senang Hati Shopping Centre, Majlis Perbandaran Johor and Kota Wang Shopping Complex. Also in the vicinity are the Education Department, two primary schools and a secondary school.

The official residence of the Governor, the Johor High Building and the Johor Specialist Centre are less than 1 km due north-east. On the immediate north is a block of 4-storey walk-up apartments. In the vicinity are also a few petrol stations.

The existing bungalows and detached houses in Taman Bahagia, Taman Cipta Ceria, Taman Suka-Suka and Low Heights residential areas provide upper class housing in the immediate vicinity.

DESCRIPTION

The subject property comprises a parcel of development land identified as Lot XX, Taman Keluarga, District of Johor Tengah, Johor

The subject property is regular in shape encompassing a land area of approximately Xa Xr XXp (X.XXX acres). It has a direct frontage of approximately 280 ft. onto Sahabat - Rakan road.

The land is sloping, rising from 45 ft. at the east boundary to 105 ft. above sea level on the western boundary.

The gradient of the slope increases from 1:15 for the lower half of the site to 1:3.7 at the upper reach.


That's all for it..Now you can fax or email it to the inquirer / for your boss comments and approval.

P.S : If you guys have any other ways to describe your property..please feel free to share it with us... Make it easy & simple!