Pages

21 May 2010

Info : Asal-usul kertas A4

Satu hari semasa perjalanan pulang dari pejabat, saya terlihat satu iklan kertas A4. Saya bertanya kepada husband, "Bagaimana kertas tu dapat nama A4?"..husband saya suruh saya search sendiri di internet untuk mendapatkan jawapannya...so alang-alang dah cari saya kongsikan di sini maklumat mengenai 'kertas A4' yang saya temui..

Info Kertas A4 :
  • Kerta A4 adalah standard size yang telah digunapakai hampir seluruh dunia. Kertas ini adalah ISO 216 yang berasaskan kepada German DIN 476.
  • Sebenarnya kertas bersaiz A4 sukar dijumpai di US, Canada, Mexico & Philippines. Pada tahun 1996, jika anda memerlukan kertas A4 anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Namun pada masa sekarang ia mudah dijumpai di mana-mana kedai tetapi jangan terkejut jika anda terlihat kertas A4 dilabel "SPECIAL ITEM"
  • Kalau kedai yang dikunjungi tidak tahu mengenai kertas A4, anda boleh gunakan maklumat saiz kertas di bawah sebagai rujukan. Jadi mudah lah untuk anda membeli kertas A4.
Click picture to enlarge (Prepressure.com)
  • Jadual di bawah pula menunjukkan saiz kertas dan kegunaannya
Click picture to enlarge (By Markus Kuhn)
  • Nisbah standard kertas tinggi kepada lebar ialah ' 1.4142: 1 '
  • Didapati 2 helai A4 bersamaan dengan kertas saiz A3..begitulah jika kita potong atau lipat kertas saiz A0 kepada 2 bahagian yang sama besar kita akan perolehi saiz A1. Maka kalau anda hendak mendapatkan kertas siri A yang paling kecil formulanya adalah A(n+1) dan asalkan anda lipat dengan saiz yang sama besar.
  • Perkara lain yang boleh anda tahu ialah kertas mempunyai berjenis-jenis siri seperti siri ISO A, ISO B, ISO C, ISO D dan ISO RA & SRA.
  • Siri A digunakan untuk pejabat , siri B digunakan untuk penggunaan kertas bersaiz besar seperti poster manakala siri C adalah untuk sampul surat (envelope).
  • Infomasi menarik ialah jika anda melipat kertas saiz A4 maka kertas itu akan masuk ngam-ngam dengan envelope saiz C4 begitu juga kertas A5 akan masuk ngam-ngam envelope C5 seperti jadual di bawah.
Click picture to enlarge (By Markus Kuhn)

  • Secara kesimpulannya..rajah di bawah akan mejelaskan segala-galanya..


Click picture to enlarge (Source : Wikipedia)
  • Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kertas A4 lawatilah laman web lain seperti:
  1. Wiki
  2. Preppressure.com
  3. Markus Kuhn
P.S: Kalau anda ada info menarik pasal kertas A4, share la dengan saya.. MAKE IT EASY & SIMPLE!

6 comments:

  1. tq bro sharing info yang berguna ni.. :)

    ReplyDelete
  2. tengs for sharing ! i really need this. ;P

    ReplyDelete
  3. Kalau Poster punya kertas lukisan berapa ukurannya?
    Kalau pertandingan melukis poster kan kita guna kertas tu

    ReplyDelete